Summary Perempuan anggerik kumpulan cerpen Pdf ☆ Faisal Tehrani – Epub, Kindle ePUB and TXT Online



10 thoughts on “Perempuan anggerik kumpulan cerpen

  1. says:

    Seperti biasa karya karya nukilan Faisal Tehrani sarat dengan rujukan ilmiahnya Ini kumpulan cerpen lama yang diterbitkan semula Walaupun isu isu yang diangkat telah lama berlalu pergi namun intipatinya masih relevan untuk difikirkan kita pada hari ini Manusia yang membezakan hanyalah zaman di mana ia berada sifat dan n

  2. says:

    Saya betul betul tak ingat dari mana saya temui buku ini; adakah dari internet Pasar Karat Puncak Jalil Atau pemberian kawan yang kabur kabur wajahnya Tetapi ia sudah berada di rak buku saya sekian lama dan Mei 2016 menakdirkan bahawa saya akan menguliti cerpen cerpen terawal FT iniDan cerpen cerpen awal FT memang enak gila babi maafkan betapa tidak kesusasteraannya bahasa saya di sini Membaca FT waktu ini buat saya terkejut ke mana perginy

  3. says:

    seperti selalu wacana wacana dalam pemikiran FT dialirkan atas permukaan sastera kadang tenang dan kadang gelora masa dan tempat sangat kuat latarnya dalam setiap cerpen dan tidak kurang melahirkan sesuatu yang luar dari kebiasaan dan apa lagi yang kita harapkan dari karangan FT kalau tidak dibawakan fakta dan maklumat berceracak ya

  4. says:

    Paling menggugah rasa adalah cerpen Api KL Belum Terpadam Ayu Prastika Aku rindu Faisal Tehrani yang begini

  5. says:

    Saya kurang fokus membaca buku ini maka saya tidak begitu memghayati catatan cerpen FT Ada antaranya agak sukar saya mahu fahamkan tapi kebanyakkannya jelas Cerpennya banyak berkait dengan politik agama dan mungkin falsafah hidup

  6. says:

    Perempuan Anggerik kumpulan cerpen merupakan buku ketiga tulisan Faisal Tehrani yang dibaca dalam masa terdekat selepas Kitab Ramal

  7. says:

    Terlalu banyak typo dari terbitan GueRilLa

  8. says:

    17 cerpen bertemakan cerita pelbagai Setiap cerpen FT seperti biasa memaparkan cerita santai tetapi tidak santaiSaya paling tertarik dengan kisah Ayu Prastika Kisah anak Indonesia yang berbapakan seorang pejuang Bapanya ke Johor Bahru atas urusan Melayu Raya yang akhirnya menikahi anak gadis MelayuTapi aku fikir ibu mencintai dan membencinya serentak Ibu mencintainya kerana cita cita yang sama dan membencinya kerana diduakanKit

  9. says:

    Membaca naskah ini di ruang arkib perpustakaan universiti tak boleh pinjam hanya boleh baca saja di ruang ini Tak sempat baca semua cerpen Ya memang ada diterbitkan semula tapi rasa tak berkenan nak beli sebab isu typo Walaubagaimanapun semua cerpen yg saya sempat baca semuanya sedap2Ada juga 2 3 cerpen yg pernah baca di naskah lain Kalau la bukan sebab isu typo rasanya dah masuk senarai untuk dibeliFT tak pernah gagal

  10. says:

    Semua sedap Tak tau apa nak cakap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download Ì eBook, ePUB or Kindle PDF ¾ Faisal Tehrani

Hat dari pelbagai sudut dan perspektif Cinta yang dipaparkan bukan terbatas pada pasangan kekasih malah cinta kepada keluarga dan tanah air yang meliputi pelbagai tempat seperti Makkah Vietnam Aceh Singapura dan Tokyo Watak wataknya terdiri dar Perempuan Anggerik kumpulan cerpen merupakan buku ketiga tulisan Faisal Tehrani yang dibaca dalam masa terdekat selepas Kitab Ramalan Hidup dan Cinta Hari Hari Rusuhan Pada awalnya Perempuan Anggerik merupakan buku terbitan DBP yang diterbitkan pada tahun 2002 terbitan pertama sebelum diterbitkan buat kali yang kedua iaitu April 2017 oleh penerbit Guerilla atas kebenaran DBP Buku ini terkandung sebanyak 17 buah cerpen yang pernah dimuatkan di akhbar majalah dan laman web sekitar lewat 90 anBagi sesiapa yang mahu mengenali penulisan awal Faisal Tehrani maka naskah ini boleh dijadikan sebagai bacaan pemula Perempuan Anggerik merupakan himpunan cerpen yang berkisar tentang cinta seseorang itu terhadap sesuatu perkara Kebiasaannya kita memahami bahawa cinta itu sekadar mencintai seseorang yang berlawanan jantina tetapi cerpen yang terkandung di dalam Perempuan Anggerik lebih daripada itu Ia tentang soal cinta terhadap agama cinta terhadap negara cinta terhadap sesuatu tempat cinta terhadap keluarga cinta terhadap anak murid dan sebagainya Begitulah cinta Cinta yang punya pelbagai definisiApi KL Belum Terpadam merupakan antara cerpen yang menarik perhatianku Cerpen yang memenangi Hadiah utama Sastera Utusan Malaysia Public Bank 1996 sebelum dikembangkan menjadi novel Cinta Hari Hari Rusuhan mengisahkan tentang cinta tragis di antara Basri dan Tengku Valizah Di dalam cerpen ini narator membawa pembaca kepada pertemuannya dengan Tengku Valizah Tengku Sandel di sebuah banglo Dari situlah satu demi satu kisah Basri dan Tengku Valizah diceritakan melalui penemuan surat menyurat di antara mereka Mereka berdua merupakan pengatur di sebuah persatuan Universiti Malaya dalam menggerakkan demonstrasi menuntut keadilan rakyat yang tertindas seperti demonstrasi di Tasik Utara membantah pencerobohan kerajaan terhadap perumahan rakyat miskin demonstrasi Baling membela petani miskin yang diancam kebuluran demonstrasi di Lincoln Center membantah Amerika Syarikat dalam bersekongkol dengan Israel melakukan pencerobohan di Palestin dan lain lain lagi bacaan lanjut novel Cinta Hari Hari RusuhanNamun tindakan mereka ternyata tidak disenangi sesetengah pihak yang akhirnya membawa kepada penangkapan besar besaran terhadap mahasiswa dan pensyarah Basri juga tidak terkecuali yang terpaksa melarikan diri ke luar negara sekaligus hubungan cinta yang telah terbina bersama Tengku Valizah akhirnya menjadi korban Cinta mereka bukan biasa biasa Cinta hari hari rusuhan Tercatat di halaman 13 cinta mereka hidup di kala hari hari rusuhan Para pelajar keluar memberontak di jalan raya merusuh membela para petani di Baling dan pada waktu yang sama hati mereka merusuh oleh kerinduan dan kecintaan Cerpen Perempuan Anggerik juga tidak kurang hebatnya Cerpen yang juga memenangi anugerah yang sama dengan Api KL Terpadam dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Cerpen Eceran 19961997 mengisahkan tentang pertemuan seorang pemuda dengan seorang lelaki tua misteri Pertemuan tersebut berlaku ketika pemuda tersebut dalam perjalanan menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Pulau Sentosa Singapura untuk bertemu dengan rakannya dari Australia Craig Narator membawa pembaca untuk mendengar ceritanya di sepanjang pertemuan dengan lelaki tua yang membicarakan hal hal politik ekonomi social dan hiburan namun topik tersebut tidaklah dapat menarik perhatian kepada narator Satu satunya perbualan yang menangkap halwa telinga narator adalah kisah lelaki tua dengan seorang gadis yang digelar Perempuan Anggerik Bagi aku sendiri gaya penyampaian penulis sangatlah menarik puitis dan ada kalanya memaksaku merujuk pada kamus Antara yang menangkap perhatian adalah ketika permulaan cerita yang mengajak pada pembaca untuk mendengar cerita yang disampaikan Mahu mendengar cerita Sebenarnya ia wajar menjadi rahsia yang dikulum kemas Memang pun saya tidak berjanji dengannya untuk merahsiakan kisah ini tetapi lazimnya cerita peribadi yang lara dan nostalgik ialah sesuatu yang kita tidak suka dihebah hebahkan Namun semakin saya memendam ia di dalam dada semakin kelut inti fikiran menjadi kegelisahan yang beragaman Terlalu mendera Sebab itulah saya ceritakan juga kepada kalian Cerpen Bulan dan Wira pula mengisahkan tentang sebuah negeri yang mengamalkan pemerintahan secara Islam Terdapat dua latar masa yang berbeza yang mana berkisar tentang soal perlaksanaan hukuman sebatan terhadap kesalahan berzina dan kajian saintifik sebatan yang membuktikan tanda tanda kehebatan dan kebenaran Al uran Tercatat di halaman 27 rujuk ayat 2 surah An Nur Penzina wanita dan lelaki hendaklah kamu sebat setiap orang daripada kedua dua mereka 100 sebatan dan jangan sama sekali merasa terlalu kasihan kepada kedua duanya dalam menjalankan agama Allah jika kamu beriman dengan Allah dan hari akhirat Ia dikaitkan dengan penzina mesti menerima sebatan seratus kali Artikel ini menjelaskan perubahan hormon patologi dan fisiologi yang berlaku apabila manusia disebat Cerpen Diskusi Bianglala Reykjavik dan cerpen Surat Untuk Gabe 1 dan 2 juga antara cerpen lain yang menarik perhatian Berkisar tentang diskusi tentang cara hidup Islam dengan bukan Muslim yang mana pendekatan yang dibawa perlulah bijaksana bukan melulu Tercatat pada halaman 82 Bertahun tahun aku cuba bercakap tentang Islam kepadanya dia menolak Sekarang sekelip mata apabila sayang membuka mulut dia boleh ketawa Kita harus bercakap tentang apa yang disukainya Ini tidak apabila ditanyakan apa itu Islam Ariw mulakan dengan neraka dan pembalasan dosa Tentang kaki tangan mesti dipotong apabila mencuri atau pasangan yang disebat apabila berzina mana Mouna tak benci Secara keseluruhannya aku cukup kagum dengan tulisan awal Faisal Tehrani dengan gaya lenggok bahasanya yang puitis walaupun ada sebahagiannya perlu dibaca berulang kali bagi menangkap makna yang ingin disampaikan Cumanya untuk cetakan kedua ini agak mengecewakan dari segi kesalahan ejaan yang mengganggu pembacaan Seharusnya cetakan kedua kesalahan sebegini tidak patut diulang untuk karya besar seperti ini dan diharap cetakan seterusnya akan menjadi lebih baik

Read Perempuan anggerik kumpulan cerpen

Perempuan anggerik kumpulan cerpen

Ipada pelbagai profesion; penuntut institusi pengajian tinggi jurugambar ahli akademik guru dan pejuang Kreativiti pengarang sangat terserlah dengan penggunaan teknik surat dan jukstaposisi sehingga cerpen cerpennya sungguh menarik untuk dibaca 17 cerpen bertemakan cerita pelbagai Setiap cerpen FT seperti biasa memaparkan cerita santai tetapi tidak santaiSaya paling tertarik dengan kisah Ayu Prastika Kisah anak Indonesia yang berbapakan seorang pejuang Bapanya ke Johor Bahru atas urusan Melayu Raya yang akhirnya menikahi anak gadis MelayuTapi aku fikir ibu mencintai dan membencinya serentak Ibu mencintainya kerana cita cita yang sama dan membencinya kerana diduakanKita semua korban politik Orang tempatan di sini pun sedar tak sedar menjadi korban politik hingga kita pun melarat ke sini Politik kan panglima kehidupan manusia Dayus bacul panglima rosaklah kehidupan Gagah berani panglimanya tidak akan sesat jalan

Download Ì eBook, ePUB or Kindle PDF ¾ Faisal Tehrani

Kumpulan cerpen Perempuan Anggerik ialah kumpulan cerpen perseorangan penulis yang ketiga selepas Safari Gilgit dan Sehari Dalam Perang kedua duanya terbitan Sasbadi Cerpen cerpen dalam Perempuan Anggerik berkisar pada persoalan cinta yang dili Saya betul betul tak ingat dari mana saya temui buku ini adakah dari internet Pasar Karat Puncak Jalil Atau pemberian kawan yang kabur kabur wajahnya Tetapi ia sudah berada di rak buku saya sekian lama dan Mei 2016 menakdirkan bahawa saya akan menguliti cerpen cerpen terawal FT iniDan cerpen cerpen awal FT memang enak gila babi maafkan betapa tidak kesusasteraannya bahasa saya di sini Membaca FT waktu ini buat saya terkejut ke mana perginya jiwa pengarang ini sekarang FT yang kita kenal 2016 ialah FT yang didaktik dilandai gagasan Persuratan Baru dan banyak tulisan tulisannya berkhutbah panjang mengenai hal hal seputar agama dan isu isu semasa Ini ditandai oleh Tuhan Manusia Perempuan Nan Bercinta dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit yang masih belum saya sentuhi Mat pernah memaklumi bahawa karya FT sekarang kering katanya lebih selesa memilih wikipedia berbanding membaca novel yang sarat intelektualisme sehingga menenggelamkan narratif penceritaan Saya faham itu Kami berkongsi sentimen yang samaAda beberapa cerpen yang memukau Api KL belum terpadam Perempuan Anggerik etc etc tapi yang paling memutik minat saya ialah Hujan Belum Turun di Jakarta Naratifnya mudah surat surat yang ditulis oleh dua anak Indonesia Seorang di Jakarta seorang lagi pelarian politik yang memburuh di Kuala Lumpur Isinya politikal ada rasa seperti baca cerpen pertama tadi tapi kali ini suasananya di Jakarta dan bahasanya seperti biasa kemas dan mengagumkan Tapi apa yang lebih menggugah adalah cara penutupan cerpen ini beserta gambaran gambaran yang dilakarkan Faisal lewat kata kata hanya dengan mengingatnya sekarang pun bulu roma saya berdiri tegak Kerana ia begitu cantik dan indah dan wajar dibaca berulang ulang untuk dinikmati kemutlakan hujannya yang akhirnya menyimbah JakartaSaya merindui FT yang begini Mungkin kita takkan temui lagi dia seperti ini sekarang FT ialah suara hak tertindas dan pesan pesannya lebih menyandarkan perlawanan dengan sekepal tinju naik ke langit Fasa jiwa lembutnya sudah lama luput Saya sedari itu